Get Your Graphic Here

Salam Aidilfitri…

Selama ini, penulis banyak menggunakan bahasa inggeris dalam karya2 penulis disebabkan kehidupan seharian penulis di universiti ini banyak menggunakan bahasa utama dunia tersebut. Namun, jati diri Melayu tetap utuh di jiwa penulis. Bagi penulis, rosak bahasa, musnah bangsa. Jadi penulis agak skeptikal terhadap langkah kerajaan menguatkuasakan penggunaan BI sepenuhnya dalam subjek matematik dan sains mulai 2009 ini. Bukan menolak kuasa pada BI ini, tapi bimbangkan jati diri bangsa Melayu yang semakin luput ditelan arus globalisasi yang dikepalai Yahudi Laknatullah. Sebagai contoh, lihat sahaja di bandar2 besar seperti Kuala Lumpur. Jangan terkejut sekiranya anda ketemu golongan remaja Melayu yang tidak mampu bercakap bahasa Melayu dengan fasih. Tak perlu pergi jauh, lihat sahaja golongan artis kita. Tidak perlulah dihuraikan dengan lebih panjang di sini kerana topik sebenar penulis adalah berkenaan aidilfitri. Tetapi jauh pulak menyimpang. Penulis akan menghuraikan permasalahan ini dalam penulisan yang akan datang.

Alhamdulillah, akhirnya Aidilfitri menjelma lagi setelah sebulan berpuasa. Penulis bagi pihak rakan seperjuangan, farhan dan diri sendiri mengucapkan Selamat Hari Raya Aidlifitri kepada semua pembaca Blog Youthjihad ini. Diharapkan Hari Raya kali ini menginsafkan serta mengembalikan kita kepada fitrah hamba tuhan. Gunakanlah kesempatan yang ada di hari raya ini untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan (bak kata Zakiah Anas dalam Malaysia Hari ini). Dalam pada itu, jangan kita lupakan mereka yang tidak bernasib baik seperti fakir miskin, anak yatim dan lain2. Hulurkan tangan, ringankan beban. Sesungguhnya, kemeriahan hari raya akan lebih bermakna sekiranya dapat dikongsi bersama.

Kebetulan pula hari ini, penulis akan pulang ke kampong halaman setelah hampir 4 bulan berjihad dalam mencari ilmu. Sebagai hamba Allah yang lemah, semestinya penulis perlukan rehat. Alhamdulillah, cuti selama seminggu diberi. Namun perjuangan masih belum selesai dan ia tidak akan selesai selagi nyawa dikandung badan. Teruskan berjuang untuk agama kita hingga ke akhir hayat.

Semalam, penulis berbual-bual dengan kawan2 yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir dalam bidang perubatan melalui Yahoo Messenger. Banyak perkaralah yang kami bincangkan. Budaya, makanan, fasiliti, pelajaran dan lain2. Penulis agak tersentuh sebenarnya kerana mereka terpaksa berjauhan daripada keluarga di hari raya buat pertama kalinya. Timbul dalam benak kepala “macam mana la keadaan aku sekarang kalau aku terima tawaran untuk belajar di Kanada”. Pasti sedih. Namun penulis tetap optimis. Sekurang-kurangnya ia mengajar kita untuk menghargai keluarga kita. Ya lah, kalau dah ada di depan mata, bukannya hendak dipeluk atau dicium tanda sayang. Kadang-kadang tu asyik bergaduh. Apabila sudah jauh di mata, rindu mula mencengkam sukma. Haha… terasa ingin sahaja menangis sepuas-puasnya. Katanya rindu benar.

Itulah lumrah kehidupan. We can only learn to appreciate something through the absence of it. Kita hanya akan tahu betapa bermaknanya keluarga kepada kita setelah kehilangan mereka. Kita akan tahu betapa sedapnya nasi lemak apabila dah tak jumpa nasi lemak bertahun-tahun(gurau je.. hehe).

Walau bagaimanapun, takdir Allah tu adalah yang terbaik buat kita sebenarnya. Remember, Allah knows best. Salah satu ciri mukmin berjaya dalam artikel “7 habits of truly successful people” oleh Dr Bilal Philips ialah ‘Contentment’. A mukmin need to be content on what Allah has destined for him. That may bring him to heaven, InsyaAllah. Jadi, gembiralah dengan apa yang anda ada sekarang untuk berjaya kelak.

Cukup setakat ini sahaja dahulu. Sebagai penutup, renungkanlah ayat berikut:

“Barang siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan” (An-Nuur:52)

Akhir kata, sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin…

***dah x dapat duit raya bila dah tua ni.. isk3…