Di Sini Mulanya

Sebagai pelajar lepasan PMR dari MRSM, aku telah mendaftar di MRSM Pengkalan Chepa sebulan lebih awal daripada Nik Akmal, atau panggilanku terhadapnya Kema, setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Pertama kali aku mendengar namanya adalah ketika minggu orientasi. Ketika itu, seorang sahabatku telah menceritakan bahawa ada seorang insan yang meninggalkan secebis kertas yang tertulis satu hadis berkenaan haramnya perempuan menyanyi di khalayak. Hal ini disebabkan Homeroom sahabatku itu mahu membuat persembahan nyanyian ketika sesi persembahan kumpulan di akhir minggu orientasi. Tercetus kagum di hatiku terhadap insan ini. Terlintas di benakku untuk mengenalinya. Namun, belum berpeluang sehinggalah sebulan kemudian. Insan ini datang ke dormku untuk meminta tandatangan sebagai sokongan untuk mewujudkan kelas Tasawwur Islam. Barulah aku berpeluang berkenalan dengannya. Pandangan pertamaku membuahkan tanggapan bahawa dia seorang yang lemah lembut, rajin dan warak. Dialah Kema.

Badan Wakil Pelajar

Apabila pendaftaran untuk menjadi calon Badan Wakil Pelajar sesi 0506 dibuka, tidak ramai yang memohon terutama dari pihak lelaki. Aku sendiri pun tidak pernah terfikir untuk memohon walaupun ramai sahabatku memujuk dan menyatakan sokongan. Pada satu malam, ada seorang abang BWP0405 ni datang ke dormku untuk ‘mencari’ calon bagi pilihanraya BWP 0506. Banyaklah kisah yang dibawa untuk mempromosi BWP 0506 ni. Aku mengambil senarai nama yang telah memohon dan ada tertulis nama si Kema ni dan beberapa nama lain. “OK, satu undi dah cop.. hehe”. Namun, abang tu pulang dengan hampa kerana tiada di kalangan kami yang berminat. Tapi, rakan-rakanku masih tidak putus asa memujukku untuk mengubah fikiran. 2 malam jugak aku fikir barulah aku setuju untuk menyertai pilihanraya sebagai calon. Malam kedua tu, aku pun pergi lah jumpa Abang SPR untuk dapatkan borang yang berharga RM2 tu.

bergambar semasa majlis peletakan jawatan

Al-kisahnya, kebanyakan calon lelaki bekerjasama untuk menjalankan kempen. Daripada situlah aku mendapat peluang untuk mengenali si Kema ni dengan lebih rapat. Kami berbincang tentang masalah pelajar, agama, isu-isu kebajikan dan sebagainya. Aku mendapati kami mempunyai matlamat yang sama dalam perjuangan kami. Justeru aku cukup senang bekerjasama dengannya. Hinggalah ke hari manifesto yang pertama, dia hampir menarik diri kerana mungkin tidak yakin dengan keupayaannya. Akhirnya dia datang ke manifesto BWP dengan membawa beberapa potong hadis dan ayat Al-Quran tanpa persediaan yang cukup. Manifestonya amat pendek, lumrah orang yang buat kerja last minute… hehe. Namun mendapat tepukan yang gemuruh daripada audiens walaupun ramai juga yang berada di belakang itu mengejeknya.

Akhirnya Kema pun menang. Aku pun menang jugak.. hehe. Beberapa siri tugasan diberi kepada kami BWP 0506 untuk menilai kemampuan kami dan seterusnya dipertanggungjawabkan dengan jawatan yang sesuai. Tugasan-tugasan yang diberi memang amat berat hinggakan tak terbilang dengan jari hari-hari yang kami lalui tanpa tidur yang nyenyak. Tiba pada hari untuk memutuskan jawatan, Kema telah ditaklifkan sebagai Exco Biro Agama Dan Rohani (BADAR). Aku? Tuttttttttttttt…. Tak boleh bagitau pasal ini bukan kisahku. Hehe.

Badan Wakil Pelajar MRSM PC 05/06

Berdiri dari kiri:Noran Asma, Muiz, Shazni, Hadi, Nik Akmal Afif, Nik Farhan, Alimie, Shakirah

Duduk dari kiri:Nazirul, Azrul, Faris, Mdm. Suhaila, Mdm. Nor Ashikin(Mami), Atikah, Anisah, Syazana(pise)

Ya, tidak dinafikan bahawa jawatan itu cukup berat baginya. Beberapa kali jugak dia bincang dengan kami (BWP0506) untuk meletakkan jawatan. Namun sebagai sahabat, kami sentiasa mengingatkan dia tentang soal tanggungjawab dan sentiasa memberikan sokongan dalam apa jua bentuk dan keadaan. Dia tidak mampu bermain kata dengan baik sebagaimana adatnya seorang pemimpin yang kebiasaannya mampu berpidato dengan mantap. Jadi, agak banyak kontroversi yang dicetuskannya pada peringkat awal penglibatannya dalam BWP. Kemuncaknya, kenyataannya dalam satu notis yang ditujukan kepada senior telah dianggap sebagai satu provokasi terhadap senior kami ketika itu menyebabkan banyak surat layang yang ditujukan kepada kami ditampal di merata-rata tempat. Malah ada yang mengutuk saya habis2.. sigh. Walaubagaimanapun, dedikasinya terhadap kerja cukup tinggi di samping kedahagaan terhadap ilmu yang cukup nyata. Dia juga berjaya memperbaiki sebahagian kelemahannya itu dari semasa ke semasa.

Walaupun banyak komen tidak baik terhadapnya yang disampaikan oleh sahabat-sahabatku dan guru guruku, dia sebenarnya antara exco BWP yang disegani. Komen2 itu banyak berkisar tentang disiplin, pakaian dan prestasi akademik. Namun, aku tak kisah kerana aku percaya semangatnya untuk membawa perubahan kepada MRSM PC yang sedang melalui ‘zaman gelap’ ketika itu pasti mengatasi segalanya. Dalam surah Muhammad ayat ke 7, Allah menyebut:


“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”

Justeru, aku benar-benar yakin bahawa dia pasti berubah dan berjaya.

Sebelum SPM

Ketika ini aku ditimpa musibah yang tak pernah aku fikir akan terjadi kepadaku. Aku terpaksa berulang-alik ke hospital ketika tinggal sebulan lagi sebelum SPM. Ditambah dengan kerja-kerja BWP yang masih belum habis, menyebabkan ruang untuk belajar lebih sempit. Semua ini memang amat menekan jiwa. Namun, aku lihat Kema masih cekal dengan usahanya. Masih lagi bersungguh dalam meneruskan perjuangan kami walaupun tanggungjawab itu sepatutnya sudah diserahkan kepada BWP 0607. Ketika ini, aku lihat Kema sudah agak bijak bermain kata dan tidak banyak kontroversi lagi. Hehe…. Kesimpulannya, banyak perubahan yang agak ‘radikal’ yang berjaya dibawa oleh kami BWP 0506.

Selepas SPM

Kema dan aku sama-sama berjaya mendapat tempat di UTP. Sebuah universiti yang amat berprestij di tengah hutan belantara Tronoh. Hehe. Tapi, mengambil jurusan berbeza iaitu aku dengan Kejuruteraan Kimia, Kema dengan Kejuruteraan Mekanikal. Malang sekali aku sudah tidak seperti dulu. Disebabkan musibah yang menimpa, aku hilang banyak kemampuanku yang menjadi kelebihan yang tiada tara di zaman persekolahanku. Haha… Hiperbola je tu. Doktor menasihatkan agar aku berehat dan kurangkan tekanan. Justeru, aku tidak mampu meneruskan perjuanganku bersama Kema. Aku lihat dia banyak menyertai usrah dan sebagainya. Tapi aku? Disebabkan ketidakseimbangan emosi menyebabkan aku lari sementara dari usrah. Dapat je keputusan SPM, dia dapat 11A wooooooo… aku? Tutttttttt…..

Dia juga menyertai kelas tuisyen anjuran LAKAD selaku fasilitator dan sebagai salah seorang komiti GnC Convofair2008. Dari situ aku nampak dia banyak berubah menjadi lebih baik. Tidak lagi memandang rendah pada kerja MC dan usher yang aku selalu wat kat sekolah dulu.. haha… So, aku rasa la kan memang dia mampu menjadi pemimpin yang baik. Ya, memang dia kurang berpengalaman berbanding calon-calon yang lain. Tapi, seperti yang diberitahu sebelum ni, semangat untuk berubah mampu mengubah segala-galanya. Begitu juga keikhlasannya yang terpapar dari setiap sudut tingkahlakunya. Visinya cukup jelas. Cuma mungkin dia perlukan lebih pengalaman dan asah soft skillnya serba sedikit. Dia mungkin tak banyak bercakap berbanding calon lain, tapi dia bercakap hal-hal yang realistik dan pasti dia akan usahakan! Kadang-kadang ada sesetengah calon tu cakap je banyak. Ini berdasarkan pengalaman la….

Kesimpulan

Di atas keperibadian Kema dan matlamat perjuangannya yang jelas dan jitu, saya yakin beliau layak untuk mendapat undi anda. Saya juga yakin beliau mampu membawa perubahan minda dan budaya sebagaimana yang telah kami lakukan bersama-sama di MRSM PC dahulu. Shidda helaq ya Kema. Bi taufiq wa najah. TQ. Wassalam.

29 OKTOBER 2008 IS THE DAY!!

VOTE 4 NIK!!

“BRIDGING THE GAP”