Assalamualaikum,

ana masih di dalam mood peperiksaan. Sengaja berblog untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian tentang coretan pengalaman hidup yang tidak seberapa ini memandangkan mata masih belum mahu lelap walaupun jam sudah menunjukkan pukul 1.53 pagi.

“Ana musytaqun fi ilmillah” bermaksud “Saya perindu ilmu Allah”. Ayat inilah yang sentiasa terpapar di status GTalk dan YM serta pesanan bersama alarm handphone untuk mengejutkan ana bangun solat subuh. Ayatnya simple tetapi memberikan inspirasi yang cukup mendalam. Kenapa ayat ini? Entah. Since I found it very inspirational that i put it anywhere so that i can read it oftenly.

Ya, sebagai Muslim, ana sangat mencintai ilmu! Segala ilmu terangkum di dalam Fardu ‘Ain mahupun Fardu Kifayah. Andai diberi peluang, mahu saja belajar perubatan, falsafah, psikologi dan sebagainya. Mungkin sebab ini jugalah saya memilih Kejuruteraan Kimia sebagai jurusan utama di Universiti kerana bidang ini sendiri pun terbina daripada pelbagai disiplin ilmu seperti Fizik, Kimia, Matematik, Ekonomi dan sebagainya (multi-disciplines). Mungkin hal ini juga didorong oleh ibu bapa ana yang sejak dari kecil tidak pernah menyekat anak-anak mereka untuk mebeli sebarang buku bacaan menyebabkan ana cukup obses membaca.

Sejak berada di UTP ni, obses tu hampir kepada tahap melampau sehinggakan ana pernah menghabiskan duit scholar yang sepatutnya digunakan untuk membayar yuran asrama untuk membeli beberapa buah buku. Bila tengok buku je, mesti terfikir “Bila lagi nak jumpa buku ni, baik aku beli sekarang!” Akhirnya terpaksalah menebalkan muka untuk mintak duit RM 780 daripada umi untuk bayar yuran asrama… hahaha…

Terbaru, terjumpa Syaamil Al-Quran type hijaz yang sepatutnya di pasaran biasa berharga RM 160, tapi di UTP dijual dengan RM129. Itu pun dalam bilangan yang terhad. Mungkin disebabkan keazaman yang tinggi untuk mentadabbur Al-Quran dengan penghayatan yang lebih tinggi dan belajar bahasa Arab dengan lebih pantas, timbul lagi ‘bisikan itu’…. hehe… melayang RM 129 tanpa berfikir panjang. Akibatnya, tak tahu macam mana nak beli tiket bas balik Kelantan… Adess… Tapi, yakinlah dengan rahmat Allah… Akhirnya masalah selesai! Alhamdulillah.

Syaamil Quran

Di zaman persekolahan, ana banyak menelaah buku-buku berkaitan sejarah dunia, psikologi, motivasi dan sebagainya. Sejak di UTP, ana mula berminat dengan karya Imam Al-Ghazali (Kimiya el-saadat, minhajul Abidin dan ihya ulumuddin) dan Ibnu Khaldun(Muqaddimah). Banyak juga buku-buku Islamik, sirah, fikrah perjuangan Islam dan ekonomi yang menjadi pilihan. Ana juga membaca karya-karya bersifat ringan seperti novel, buku-buku tulisan Ustaz Hasrizal dan Prof. Kamil serta banyak lagi. Tapi pilihan utama ana masih lagi tentang Sejarah, terutama sekali Sejarah yang berkaitan perkembangan tamadun Islam. Terlalu banyak aspek yang boleh dikaji berkaitan jatuh-bangun tamadun Islam, serangan pemikiran, budaya ilmu serta falsafah, Pembangunan material, ketenteraan, ekonomi, genealogy, antropologi dan pelbagai lagi. Sangat menarik untuk dikaji dan dibedah.

Unfortunately, lately I can’t keep up the pace. I still can’t finish a few books that I’ve bought last time due too a lot of tasks. I hope to finish them in this Semester break. InsyaAllah.

Here is the ‘waiting list’:

1. Fiqh Al-Harakah 3 (more than half already)
2. Risalah Taalim. (A few pages more)
3.Tariqul Da’wah (A few pages more)
4.Yakjuj dan Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung. (Hundreds of pages to go)
5. A Thousan Splendid Suns(Novel) (more than half)
6. Sun Tzu: War & Management (more than half)
7.Science and Islam
8. Kisah Doa & Taubat Para Nabi
9. Ethical Philosophy of Imam Al-Ghazali. (more than half)
10. Islam and Secularism

Here is my ‘shooting list’ —> Waiting to be bought/borrowed… hehe

1. Manhaj Hidup Muslim
2. Islam at the Crossroads
3. A Young Muslim’s Guide to The Modern World
4. The Alchemist (novel)
5.Avicenna: His Life and Works
6. Men are from Mars, Women are from Venus.
7. Ummuh Barahin
8. Pati Munyatul Musolli
9. Risalah At-tahridh alal Jihad fi islah bilad wal Ibad

Usuallly, to finish them faster, I put the books on my bed, study desk and bag. So, at least I will hold and read them three times a day… Before bedtime, during free time before lecture and after studying my engineering subjects. Huhu…. Hope you can share here on how you finish your favorite books… TQ
Book on my bed