Selamat tinggal memori gelap 13 Mei

Lebih empat dekad peristiwa berdarah 13 Mei 1969 berlalu. Sejak sekian lama, rakyat Malaysia dihantui oleh memori ngeri tragedi hitam tersebut.

Esok genap 41 tahun berlakunya keganasan dan rusuhan kaum di di ibu negara Kuala Lumpur. Dan, mereka yang ditemui Malaysiakini, sepakata bahawa sudah tiba masanya untuk mereka melangkah meninggalkan memori hitam itu.

Ahli-ahli politik dari semasa ke semasa menggunakan taktik menakut-nakutkan rakyat dengan menyatakan bahawa ancaman rusuhan kaum boleh berulang dan seterusnya menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara.

Dari sudut lain pula, ia juga membawa kepada langkah memperkukuhkan lagi undang-undang seperti Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Peristiwa itu juga melahirkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1971 – yang dianggap sebagai jalan penyelesaian kepada masalah ketegangan kaum akibat pengagihan kekayaan negara yang tidak saksama, khususnya antara Melayu dan Cina.

Seorang saksi kejadian yang menyaksikan peristiwa berdarah itu ketika berumur 18 tahun memberitahu Malaysiakini, bahawa keadaan sudah berubah dan hubungan antara semua kaum juga kini semakin baik.

“Pembangkang pun sudah bergabung dan hubungan kaum telah menjadi lebih erat,” kata seorang peniaga di Kampung Baru yang berusia 59 tahun.

Dengan mengambil contoh Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, peniaga itu berkata, mursyidul am PAS dan tokok agama itu, kini boleh “makan-makan” dengan orang Cina daripada DAP.

Katanya, contoh yang ditunjukkan oleh menteri besar Kelantan itu memberi kesan kepada masyarakat, di samping menunjukkan bahawa sikap perkauman sudah berlalu.

Satu lagi faktor mengapa tragedi 13 Mei tidak akan berulang lagi ialah kerana kini kebanyakan generasi muda tidak mengetahui mengenai peristiwa tersebut, tambahnya.

“Jika tahu pun mereka tidak berasa apa-apa kerana kurangnya semangat patriotik dan nasionalisme dalam diri mereka. Mereka hanya cuma mahu bekerja, mencari duit dan kemewahan kerana mereka tidak berada semasa kejadian itu dan tidak merasainya.

Sementara itu, seorang pekerja kedai alat ganti yang hanya mahu dikenali sebagai Teoh berkata, beliau masih ingat peristiwa 40 tahun lalu yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur.

Teoh, 67, berkata masih segar dalam ingatannya kereta yang lalu-lalang mundar-mandir ketika ketegangan kes tersebut.

“Ia sudah jadi sejarah. Semua ini sudah berubah sekarang,” katanya.

Manakala seorang pelajar sekolah 17 tahun yang belum lahir ketika insiden tersebut berlaku, pula dilihat kesal dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu.

Menurut Mohd Hafizin, perbalahan kaum pada masa ini walaupun masih ada, ia tidak menonjol.

Namun begitu, tambahnya, jika dilihat pada kesan peristiwa 13 Mei, isu tersebut tidak relevan lagi dibangkitkan semupa pada pada zaman kini.

“Peristiwa ini tidak akan berlaku lagi kerana walaupun orang ramai tidak gembira (dengan sesuatu dasar), mereka tidak akan bertindak ganas lagi,” katanya.

Sumber: MalaysiaKini

lagi berkenaan Peristiwa 13 Mei di Kelantan.

Ketika itu, ketegangan akibat rasukan perkauman menjalar ke seluruh negara. Namun semua itu hampir tidak berlaku di Kelantan. Kalau ada pun, cetusan itu cepat-cepat dipadamkan oleh kerajaan PAS di Kelantan ketika itu.

Tidak dinafikan bahang rusuhan kaum itu mendorong kira-kira 50 hingga 60 orang pemuda berkumpul di atas Jambatan Yahya Petra. Menurut bekas Setiausaha Agung PAS yang juga pembantu kanan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Ustaz Salahuddin Abdullah, dengan penuh semangat pemuda-pemuda itu dibakar dengan kata-kata “jangan biar orang-orang Melayu di Selangor dianiayai dan tak ada pembelaan kita”.

Salahuddin mendakwa, pemuda-pemuda itu, termasuk dari Umno dan PAS, diapi-apikan beberapa pemimpin Umno Kelantan.

Mendengar kekecohan itu, Allahyarham Tan Sri Asri Muda yang ketika itu menjadi Menteri Besar Kelantan meminta Salahuddin dan beberapa yang lain pergi memujuk para pemuda itu. Setelah dipujuk, mereka dibawa ke kediaman Menteri Besar yang terkenal dengan panggilan JKR10.

Ketika di bawa ke JKR10, kira-kira 100 orang berhimpun termasuk pemuda-pemuda yang dipujuk itu. “Mereka dijamu dengan mee dan nasi lemak,” kata Salahuddin.

Asri menjelaskan kepada mereka bahawa PAS yang ketika itu memerintah Kelantan berjuang berdasarkan landasan Islam. PAS, katanya, sentiasa tunduk kepada ajaran Islam. Beliau menasihatkan mereka supaya berwaspada dan jangan terjebak dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam termasuk hasutan rusuhan perkauman.

Ketika pertemuan itu berlangsung, seorang kontraktor yang banyak melaksanakan projek-projek membuat jalan di Kelantan tanpa sebarang bayaran awal dari kerajaan negeri ketika itu (dia buat dahulu, kira hutanglah tu), Chua Say Paw, datang le JKR10. Sebelum datang ke kediaman Menteri Besar itu, beliau tidak tahu-menahu tentang kejadian yang berlaku dan datang kerana urusan lain.

Asri terus memanggil beliau ke hadapan dan memberitahu jika berlaku kejadian menganiaya kaum Cina di mana-mana tempat di Kelantan, beliau akan pegang penghulu tempat berkenaan. Menteri Besar itu tak mahu dengar apa-apa berlaku.

Sambil memandang Chua yang dianggap tauke besar di Kelantan ketika itu, Asri juga memberi jaminan tidak ada apa-apa yang akan berlaku ke atas kaum Cina di Kelantan di mana PAS memerintah.

Selepas itu, kehidupan seharian di Kelantan berjalan seperti biasa.

Benarlah kata Menteri Besar Kelantan kini, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sepanjang rusuhan perkauman pada tahun 1969 itu, “bulu roma orang Cina pun tak gugur di Kelantan”.

dipetik daripada Penarik Beca

Faris Al-Muhandisu: Bala telah lama datang untuk memberi pengajaran kepada mereka yang zalim dan degil.

قُلْ هُوَ الْقَادِرُ عَلَى أَن يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عَذَابًا مِّن فَوْقِكُمْ

أَوْ مِن تَحْتِ أَرْجُلِكُمْ أَوْ يَلْبِسَكُمْ شِيَعاً وَيُذِيقَ بَعْضَكُم

بَأْسَ بَعْضٍ انظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الآيَاتِ لَعَلَّهُمْ يَفْقَهُون

Artinya: ’’ Katakanlah: Dialah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas sebahagian yang lain.Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya”.  (Al An’aam 6: 65).

Masih lagi tak faham. Mungkinkah kerana tidak mahu faham? Mungkin kerana makan duit judi hasil cukai kerajaan UMNO sejak merdeka dan minum arak menyebabkan terbinanya hati-hati yang hitam. Lalu berani menentang dan menghina hukum Allah. Berani pula mencetuskan huru-hara atas nama perkauman. Tiba pilihanraya saja, isu murahan inilah yang dimainkan. Lalu ke manakah hala tuju Malaysia? Model di Kelantan dah ada. Saya berani berkata tiada lagi negeri di Malaysia yang mempunyai tahap perpaduan antara kaum setanding dengan Kelantan. Ada orang Cina dan India di Kelantan yang tak boleh tidur kalau tak sentuh budu dalam sehari. Berborak-borak baik dengan orang Melayu. Tiada syak wasangka mahupun prejudis sesama sendiri. Marilah sama-sama ambil iktibar daripada peristiwa hitam ini.