Fakta Penting Tentang Pilihan Raya Kecil Sibu

  • Diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Y.B Datuk Robert Lau Hoi Chew pada 9 April 2010.
  • Pecahan mengikut kaum: Cina 67%, Melayu/Melanau 10.5%, Bumiputera Sarawak 22%.
  • 70% [37,919 orang] pengundi yang turun membuang undi.

Keputusan Rasmi [10.57 malam]

No. Nama Parti Jumlah Undi Semasa
1 Richard Wong Ho Leng Democratic Action Party 18,845
2 Robert Lau Hui Yew Barisan Nasional 18,447
3 Narawi Haron Bebas 201

#DAP menang dengan  majoriti 398 undi.

#Pengumuman dibuat lewat hampir 2 jam.

#Nyaris sahaja berlaku ‘turn around’ semasa undi pos dikira.

Kemaskini Terbaru

10.09malam: Semua pemimpin utama DAP sedang menunggu di Wisama Sanyan, tempat undi pos dikira.

Lim Guan Eng memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bimbang “sesuatu yang tak kena sedang berlaku” dan berharap pegawai SPR boleh mengeluarkan Borang 15 – dokumen yang mengesahkan keputusan rasmi undi pos.

Juga difahamkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pulang ke Kuala Lumpur.

10.10malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa Borang 15 bagi undi pos sedang dibawa ke pusat perjumlahan di Dewan Suarah.

“SPR sedang menunggu keputusan rasmi undi pos,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Omar Wan Omar berkata pihaknya akan memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut.

“Saya akan jelaskan selepas kami umum keputusannya sebentar lagi,” katanya.

10.15malam: Di Dewan Suarah, dua pemimpin SUPP sedang mengadakan pertemuan dengan pegawai pengurus pilihan raya, Wong See Meng. Difahamkan mereka sedang berbincang mengenai kelewatan pengumuman keputusan undi pos.

Mereka kemudian disertai oleh pemimpin DAP Ng Wei Aik, Lim Lip Eng dan Ronnie Liu.

Hujan masih turun di Sibu. Penyokong kedua belah pihak yang berpayung, sedang menunggu di luar Dewan Suarah.

10.35malam: Nampaknya berlaku pertikaian kecil berhubung undi pos. Bagaimanapun, difahamkan SPR akan mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu tidak lama lagi.

Difahamkan juga, DAP menang antara 300 hingga 400 undi.

10.50malam: DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi.

Sumber: Malaysia Kini