Konvoi Gaza: 16 mati, kapal dirampas
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 31 Mei: (12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada pagi ini, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.

Laman web Haluan Palestin melaporkan, konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup ketika mereka memasuki dan merampas kapal.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan,” katanya.

Ketika ini, ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai lapan orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama empat orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care.

Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada di atas kapal dan Allah SWT sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah SWT.

Untuk mengikuti lintas langsung perkembangan tersebut, sila layari http://www.livestream.com/insaniyardim/

Sumber: HarakahDaily

Update [Tekan butang refresh sekerap mungkin]:

2.30 PM: Demonstrasi sedang diadakan di Turki dan Jalur Gaza

3.12 PM: Dilaporkan ada kanak-kanak berusia 1 hingga 8 tahun di atas kapal yang diserang.

3.28 PM: MalaysiaKini melaporkan semua Rakyat Malaysia bersama konvoi itu selamat berdasarkan SMS daripada Rachel Corrie

3.45 PM: Kapal MV Marmara masih gagal dihubungi

3.49 PM: Free Gaza Movement menerima panggilan ugutan daripada Israel. “Now we’re getting threatening phone calls from Israeli thugs telling us we should drown or can we swim.”

3.50 PM: Haaretz News melaporkan bahawa Tentera Israel diserang terlebih dahulu. CNN agak lambat. agak pelik.

4.03 PM: Reaksi Antarabangsa –

– Syria menggesa Liga Arab mengadakan perjumpaan tergempar berkenaan serangan terhadap LL4G

-Parlimen Kuwait mengadakan persidangan tergempar. Waleed al-Tabtabai, MP Kuwait antara 16 org warga Kuwait di atas kapal tersebut.

-Menteri Luar Sweden Carl Bildt memanggil Duta Israel untuk mendapatkan maklumat terkini.

4.10 PM: 300 people tried to storm the Turkish consulate in Istanbul early this morning; a larger protest is planned for 12:30 local time

4.20 PM: Kapal dipercayai sedang dibawa ke Port Haifa

4.27 PM: Sheikh Raed Salah, salah seorang pemimpin berpengaruh Gerakan Islam di Israel dilaporkan terbunuh Syahid.

4.34 PM: Dipetik drp AlJazeera – “

An observation: We’ve heard a lot from the Israeli army, the Palestinian Authority, Hamas, the European Union, and a number of other governments.

The one party we haven’t heard from in the last few hours is the organisers of the flotilla. Obviously it’s impossible to reach those activists who were on board; and I haven’t been able to reach their on-shore counterparts. The group’s Web site hasn’t been updated in the last few hours.”

4.43 PM: Saad Hariri, Perdana Menteri Lubnan mengutuk keras serangan terhadap Freedom Flotilla dengan menganggapnya sebagai “Sangat merbahaya dan gila.”

4.50 PM: Wartawan Ashwad Ismail dan Jurukamera Shamsul Kamal Latip dari Astro Awani yang berada di atas Kapal Mavi Marmara masih gagal dihubungi.

5.09 PM: Greta Berlin, one of the flotilla’s organisers, strongly rejected the Israel’s claim that the activists were the first ones to start shooting. She said there were no weapons on board the boats, and that any violence from the activists would have been in self-defense.

7.00 PM: Kapal kedua konvoi flotilla telah tiba di pelabuhan Haifa – Al-Jazeera

Berita terkini boleh didapati melalui link berikut

http://twitter.com/sahabatalaqsha

http://twitter.com/freegazaorg

http://www.livestream.com/insaniyardim

http://www.facebook.com/aqsa.syarif

http://palestinkini.info/

http://blogs.aljazeera.net/middle-east/2010/05/31/aftermath-israels-attack-gaza-flotilla

Daripada Israel:

http://www.haaretz.com/news/diplomacy-defense/at-least-10-activists-killed-in-israel-navy-clashes-onboard-gaza-aid-flotilla-1.293089

http://www.jpost.com/Israel/Article.aspx?id=176970

Faris Al-Muhandisu: Mari sama-sama kita doakan keselamatan saudara-saudara kita daripada kekejaman Israel Laknatullah. Mereka terang-terang melanggar Perjanjian Geneva.  Serangan dilakukan di perairan antarabangsa yang jelas Israel tiada hak kedaulatan ke atasnya. Paling malang, tidak mungkin Israel akan dikenakan sebarang tindakan atas tindakan terkutuk mereka ini. Lagipun ini bukanlah kesalahan yang paling teruk pernah mereka lakukan. Selama ini ramai anjing-anjing yang menjilat pipi-pipi yahudi Zionis ni. Hanya doa mampu dihantar dari sini.