Ustaz Hasan Shukri

Al-Fatihah buat Ustaz Hasan Shukri, seorang tokoh perjuangan Islam yang amat disegani, yang kembali ke rahmatullah pada pukul 2 petang, 14 Jun 2010 yang lalu di Hospital Selayang. Pemergiannya mengejutkan ramai pihak terutamanya rakan seperjuangan allahyarham dalam PAS. Apatah lagi beliau meninggal sebaik sahaja muktamar PAS ke-56 di Kota Bharu, Kelantan. Sungguh, benar kata Imam Al-Ghazali, “Sesungguhnya yang paling dekat dengan kita adalah kematian.”

Tok Guru menangis

Sebak melihat gambar Tok Guru Nik Aziz menangis atas pemergian sahabat seperjuangan beliau. Mungkin kerana mengingati ajal yang bakal tiba kepada dirinya dan kita juga. Cukuplah mati sebagai peringatan buat diri seorang mukmin. Padanya tiada yang lebih berharga di dunia, keluarga, pangkat, mahupun harta melainkan keredhaan dariNya, dan pengharapan agar dapat dipertemukan dengan Yang Maha Pencipta, pemilik segala hati manusia. Apabila mati menjadi peringatan, terlerailah segala persengketaan, bersemilah ukhuwwah dan terbinalah persaudaraan, tertunailah segala janji yang dipatri, terlaksanalah segala  tanggungjawab dan amanah Allah ke atas bahu hamba-hambanya.

Solat jenazah yang diimami oleh Tok Guru Presiden PAS

Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan penuh kepuasan dan ridha-Nya, bergabunglah ke dalam kelompok hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku (Al-Fajr: 27-30)

AL-FATIHAH