2005 2006 2007 2008 2009 2010
Bayaran PETRONAS kepada kerajaan(RM bilion) 31.2 41.7 52.3 67.6 74.0 57.6
Keuntungan sebelum cukai (RM bilion) 58.0 70.2 76.3 95.5 89.1 67.3
Peratus sumbangan PETRONAS berbanding keuntungan (%) 53.4 59.4 68.5 70.8 83.1 85.6

Peratus sumbangan PETRONAS berbanding keuntungannya, berasaskan tahun kewangan

Baru-baru ini ketua pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan usul berhubung isu penurunan pendapatan PETRONAS sebanyak 18.1 peratus kepada RM216.4 bilion dan penurunan keuntungan sebanyak 23.2% kepada RM40.3 bilion yang mempunyai kesan yang besar kepada negara.   Walau bagaimanapun, usul tersebut ditolak atas alasan ia tidak perlu disegerakan walaupun ia jelas sekali berkepentingan ramai.

Umum sedar akan tekanan ekonomi yang menyukarkan PETRONAS mengekalkan prestasi kewangannya. Justeru, mereka wajar diberi penghargaan atas kejayaan mereka mencapai prestasi yang memuaskan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010. Malang sekali, ada pihak yang cuba ‘merompak’ PETRONAS yang telah sekian lama menjadi sumber kewangan utama kerajaan.

Buktinya jelas terpapar di dalam laporan kewangan tersebut yang menunjukkan 85.6% keuntungan PETRONAS atau RM 57.6 Billion diserahkan bulat-bulat kepada kerajaan. Jumlah ini membuktikan bahawa kerajaan langsung melanggar sasaran Rancangan Malaysia ke-Sepuluh iaitu untuk mengurangkan kebergantungan terhadap syarikat minyak terkemuka dunia itu. Mustahil sasaran itu akan dicapai melihat kepada tahap kebergantungan kepada PETRONAS seperti kini.

Dalam jangka masa panjang, daya saing PETRONAS diramalkan semakin lemah memandangkan ia telah hilang keupayaan untuk melabur kembali sebahagian keuntungannya terutama dalam usaha carigali telaga minyak baru. Kegawatan ekonomi yang menyesakkan ditambah pula dengan satu hasil kajian yang menunjukkan Malaysia bakal menjadi ‘net oil importer’ pada tahun 2011 memerlukan PETRONAS meningkatkan pelaburannya untuk mengekalkan kompetensinya.

Tindakan ini jelas diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan defisit perbelanjaan yang sudah mencecah paras bahaya. Satu lagi tindakan yang tidak bertanggungjawab pihak kerajaan.

Analisa penuh boleh dibaca di sini