RSS FEED

“Barangsiapa yang berpagipagi tanpa memikirkan urusan orang mu’min, maka dia bukanlah dari kalangan mereka” (Al-Hadith)

Ingin mengetahui apa yang berlaku di seluruh dunia? Tapi tak cukup masa? Sibuk? Tak larat buka semua website berita terkini?

Melalui software RSS Feed (Really Simple Syndication), beratus-ratus headline berita terkini atau entri-entri blog yang masih panas hanya di hujung jari anda. Anda tidak perlu lagi melayari beratus-ratus website selama berjam-jam semata-mata untuk mencari maklumat yang masih belum pasti terhidang. Platform yang terbaik untuk menggunakan RSS Feed pastinya Google Reader. Boleh diakses dari seluruh dunia asalkan ada internet.

Di sini, ingin saya berkongsi cara-cara untuk menggunakan Google Reader. Sebelum itu, pastikan anda mempunyai akaun Google.

1. Akses ke Google Reader.

Senang sahaja. Pergi ke google.com. Klik ‘more’ dan pilih ‘reader’.

Klik untuk besarkan gambar

2. Login.

Masukkan sahaja Username dan password akaun google anda.

Klik untuk besarkan gambar

3. Link website yang ingin diikuti.

Pergi ke website yang ingin diikuti, sebagai contoh Harakahdaily. Klik butang RSS Feed. Jika tiada, tulis ‘Harakahdaily RSS’ di google.com dan tekan ‘search’. ‘Copy’ link yang ingin diikuti.

Klik untuk besarkan gambar

4. Add Subscription.

Klik sahaja butang ‘Add a Subscription’ di bahagian atas kanan dan ‘paste’ link yang telah dipilih. Kemudian klik ‘Add’ dan link tersebut terus tersenarai dalam Google Reader anda.

Klik untuk besarkan gambar

Semoga bermanfaat!